Pameran Komoditi Import dan Eksport China ke-6 akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mulai 17 hingga 20 Disember ini. Keluasan tapak pameran, jumlah peserta dan jumlah tempat pameran kali ini lebih banyak berbanding pameran sebelumnya.
Keluasan tapak pameran tersebut dijangka akan melebihi 9000 meter persegi. Jumlah gerai pameran mencatat 559, meningkat 71.8% berbanding dengan pameran ke-5. Pameran kali ini telah menarik lebih 400 buah syarikat dari China, Malaysia, Indonesia, India, Bangladesh, dan Republik Korea. Produk makanan dan minuman, barang-barang kegunaan rumah dan produk mesin dan elektronik akan dipamerkan dalam pameran tersebut.