Masyarakat antarabangsa berharap Persidangan Perubahan Iklim PBB yang sedang diadakan di Copenhagen mencapai kemajuan besar.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semalam menyeru semua negara di dunia agar berusaha mencapai satu perjanjian yang "menyeluruh dan adil" dalam persidangan tersebut. Menurutnya, perubahan iklim merupakan isu politik dan ekonomi yang utama sekarang ini. Tindakan sekarang akan menentukan samaada pembangunan yang berterusan dapat diwujudkan atau tidak di seluruh dunia pada masa depan.
Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabansga (IEA), Nobuo Tanaka menyatakan bahawa industri sumber tenaga amat penting bagi pengurangan karbon dioksida global. Semua negara perlu meningkatkan pelaburan dalam bidang yang boleh meningkatkan kecekapan kesan penggunaan tenaga dan meneroka tenaga baru. Perjanjian muktamad yang sedang dibincangkan dalam persidangan Copenhagen akan mendorong semua negara merumuskan dasar sumber tenaga yang baru.