Cari:
Delegasi China Masih Belum Lepaskan Harapan pada Persidangan Perubahan Iklim
2009-12-16 15:41:00 CRI Cetak

Delegasi China masih belum melepaskan harapan untuk berusaha sehingga mencapai perjanjian dalam Persidangan Perubahan Iklim PBB.

Naib Ketua delegasi China yang menghadiri persidangan tersebut, Yu Qingtai menyatakan demikian dalam sidang akhbar di Pusat Penerangan dan Pertukaran China di Copenhagen semalam.

Menurut beliau, masalah yang paling besar menghalang rundingan adalah sebahagian negara mengetepikan peraturan Konvensyen Rangka Perubahan Iklim PBB dan Protokol Kyoto, serta mengemukakan beberapa tuntutan yang tidak munasabah kepada negara membangun. Jika pelbagai pihak yang terlibat memberi kerjasama dan mengadakan rundingan berdasarkan konvensyen, protokol dan Peta Garisan Bali, rundingan tersebut pasti akan mencapai kemajuan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China