Mesyuarat Peringkat Tinggi Persidangan Perubahan Iklim PBB bermula di Copenhagen malam tadi yang menandakan persidangan tersebut sampai pada peringkat yang genting.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menegaskan, negara-negara maju perlu bertanggungjawab terhadap kewajipan mengurangkan pelepasan karbon dioksida secara besar-besaran, manakala negara-negara membangun pula perlu giat melaksanakan tindakan pengurangan pelepasan karbon dioksida. Beliau juga membangkitkan pentingnya isu modal.
Menurut beliau, perubahan iklim sudah disenaraikan dalam jadual global yang penting. Sidang kali ini diharapkan mencapai perjanjian pengurangan pelepasan bahan tersebut yang boleh diterima oleh pelbagai pihak dan adil untuk membuka zaman pembangunan yang bersih dan hijau.