Kemboja berharap lebih banyak syarikat China melabur ke negara itu.
Naib Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan Kemboja, Keat Chhon berkata demikian semasa merasmikan Pameran Komoditi Import dan Eksport Kemboja ke-4 di Phnom Penh kelmarin.
Keat Chhon berpendapat, penganjuran pameran tersebut bermanfaat bagi terus mendorong perkembangan Kemboja dalam bidang ekonomi dan perdagangan, serta pelancongan dan kebudayaan.
Keat Chhon juga berharap lebih banyak syarikat China melabur ke Kemboja, dan lebih banyak komodidi Kemboja dipromosi ke pasaran China dan antarabangsa, supaya mendorong perkembangan hubungan perdagangan kedua-dua negara.
Terdapat 126 buah syarikat dari 15 buah negara termasuk China, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Jepun, Republik Korea dan Republik Rakyat Demokratik Korea menyertai pameran tersebut. Jumlah gerai pameran yang disediakan sebanyak 230 buah.