Dasar dan tindakan untuk menggalakkan permintaan domestik merupakan penentu kepada tercapainya matlamat kadar peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China yang mencatat angka 8% pada tahun ini.
Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Mu Hong dalam sidang akhbar di Beijing hari ini.
Menurut beliau, separuh peruntukan yang disediakan oleh kerajaan pusat digunakan dalam bidang yang berkaitan dengan kehidupan rakyat.