Cari:
Laporan Siasatan Kualiti Tanah Pertanian Pertama China Diumumkan
2009-12-24 16:16:52 CRI Cetak

Tanah pertanian di China sekarang seluas lebih 120 juta hektar. Demikian laporan penyiasatan peringkat kualiti tanah pertanian pertama seluruh negara diumumkan oleh Kementerian Sumber Tanah China di Beijing hari ini. Daripada jumlah itu, lebih 90% tanah pertanian, jumlah penghasilannya sederhana dan rendah.

Menurut laporan itu, taburan kawasan tanah pertanian amat tidak seimbang, antaranya lebih 80% tanah pertanian bertabur di kawasan timur dengan ekonominya yang maju. Tanah yang subur terhimpun di kawasan yang perkembangan ekonominya paling pesat dan perlu dipelihara dengan sempurna.

Pegawai dari Kementerian Sumber Tanah China, Hu Cunzhi menyatakan, pihaknya akan memberi lebih banyak keutamaan kepada kawasan yang mempunyai tanah pertanian yang luas dan subur supaya kualiti tanah pertanian terpelihara dan menjamin keselamatan penghasilan bahan makanan di China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China