Union Pay China dan Bank HSBC membuat pengumuman bersama hari ini bahawa mesin ATM milik Bank HSBC di Bangladesh, Mauritius, Maldives, Thailand, Vietnam, Sri Lanka, Singapura dan Brunei Darussalam mula menguruskan perniagaan kad Union Pay China.
Mesin-mesin ATM tersebut dipasang di ibu negara, bandar dan destinasi pelancongan utama kelapan-lapan negara tersebut.
Berdasarkan perjanjian yang ditandatangani, kedua-dua pihak juga akan bekerjasama untuk mewujudkan pengurusan perniagaan kad Union Pay di mesin ATM milik Bank HSBC di Makau, Filipina, Republik Korea, Indonesia, Malaysia dan India sebelum penghujung bulan Januari tahun 2010.