Perjanjian yang melibatkan dana berjumlah 120 bilion dolar Amerika itu, akan menyediakan sokongan kewangan kepada pihak-pihak pemeterai yang menghadapi masalah imbangan pembayaran antarabangsa dan kekurangan kecairan modal dalam jangka pendek melalui pertukaran mata wang. Ia dipercayai dapat memperhebat kemampuan negara-negara di rantau ini untuk menangani pelbagai risiko dan cabaran.