Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN tidak akan menjejaskan kepentingan negara-negara ASEAN, sebaliknya ia akan mendatangkan keuntungan. Demikian dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Mustapa Mohamed ketika mengadakan tinjauan ke sebuah kilang pembuatan baru-baru ini.
Menurut beliau, walaupun eksport produk China ke pasaran Malaysia tidak dikenakan tarif lagi selepas Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN siap dibina, namun, pada masa yang sama produk buatan Malaysia juga menikmati status bebas tarif ketika dieksport ke China. Hal ini akan memberi keuntungan kepada syarikat pembuatan domestik.
Kata beliau, pembatalan tarif terhadap produk China tidak akan membawa kesan yang besar kepada industri pembuatan domestik kerana kini tarif terhadap eskport China sudah menurun pada kadar yang agak rendah, iaitu hanya 5%.