Cari:
Malaysia Optimis Terhadap Prospek CAFTA
2009-12-29 11:53:21 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Malaysia sangat optimis terhadap prospek Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA).

Demikian dinyatakan Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen kepada pemberita di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurutnya, pasaran yang begitu luas yang ditawarkan oleh kawasan perdagangan tersebut diyakini dapat memberi manfaat yang besar, bukan sahaja kepada China, malah kepada semua negara anggota ASEAN.

Beliau berkata, selepas CAFTA siap dibina, tarif terhadap kebanyakan barangan dalam perdagangan antara kedua-dua pihak akan dihapuskan. Bagaimanapun, hal ini tidak akan menjejaskan kedudukan Malaysia sebagai "Syurga Beli Belah", kerana hanya barangan yang berasal dari China atau negara-negara ASEAN menikmati status bebas tarif, sedangkan sejumlah besar barangan dengan jenama tertentu di Malaysia diimport dari Perancis dan Sepanyol.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China