Demikian dinyatakan Kaunselor Jabatan Antarabangsa Kementerian Perdagangan China, Zhang Kening dan Utusan Khas Thailand, pengerusi bergilir ASEAN ke China, Warawudh Chuwiruch dalam sidang akhbar di Beijing hari ini.
Zhang Kening berkata, wujudnya kelebihan ekonomi yang saling melengkapi antara China dengan negara-negara ASEAN dipercayai dapat memacu lagi pertumbuhan ekonomi kedua-dua pihak.
Warawudh pula berkata, kawasan perdagangan bebas yang meliputi kawasan seluas 13 juta kilometer persegi ini, akan memberi keuntungan kepada 1.9 bilion orang. Ia amat membantu bagi mempererat kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang pertanian, maklumat, telekomunikasi serta pelaburan di kawasan Sungai Mekong.