Cari:
Mekanisme Pertukaran Mata Wang Baru antara ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea akan Beroperasi pada Bulan Mac
2009-12-30 15:52:08 CRI Cetak

Mekanisme pertukaran mata wang yang baru antara negara anggota ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea akan beroperasi pada 24 Mac tahun depan. Dengan itu, jumlah pertukaran mata wang antara negara-negara tersebut akan meningkat kepada 120 bilion dolar Amerika, daripada 78 bilion dolar pada masa ini.

Dalam melaksanakan mekanisme tersebut, China dan Jepun akan menyediakan modal sebanyak 38.4 bilion dolar Amerika, menakala Republik Korea pula 19.2 bilion dolar Amerika. Kebanyakan negara yang terlibat dalam mekanisme tersebut telah menandatangani perjanjian mengenainya sebelum 24 Disember lalu.

Menurut perjanjian tersebut, bank pusat dan Kementerian Kewangan negara-negara berkenaan akan menyiapkan modal kecemasan bagi tempoh 90 hari bagi memastikan kecairan mata wang dolar Amerika di pasaran terjamin.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China