Forum ini dilaksanakan usul atas Perdana Menteri China, Wen Jiaobao dalam Persidangan Pemimpin China-ASEAN ke-12. Ia menerima tindak balas secara aktif daripada pemimpin negara ASEAN.
Seramai 22 orang menteri dari China dan Negara ASEAN akan menghadiri forum ini.
Turut diundang wakil Bank Perkembangan Asia serta pemenang Anugerah Nobel Ekonomi tahun 2007, Eric S. Maskin.
Para peserta yang akan menghadiri forum tersebut terdiri daripada pemimpin China dan ASEAN, pakar dan cendekiawan serta petugas badan kewangan yang terkenal dari China dan luar negara, wakil 100 syarikat yang paling kuat China dan 500 syarikat yang paling kuat global, pegawai duta besar negara ASEAN ke China dan duta besar China ke negara ASEAN.








