Cari:
Zhang Yunling: Proses Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Baru pada Langkah Pertama
2010-01-05 16:11:24 CRI Cetak

Kebanyakan barangan yang diperdagangkan antara China dengan negara-negara ASEAN mula menikmati status bebas tarif sejak Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dibuka pada 1 Januari tahun ini. Ketika ditemu bual oleh wartawan CRI, Ketua Pengarah Jabatan Penyelidikan Isu Antarabansga Akademi Sains Sosial China, Zhang Yunling berkata, bahawa CATFA ditubuhkan berdasarkan model kerjasama perdagangan yang serba baru, dan pembukaanya pada 1 Januari itu hanyalah langkah permulaan sahaja dalam proses penubuhan sebenarnya.

CAFTA yang ditubuhkan oleh negara-negara membangun ini merupakan kawasan perdagangan bebas yang mempunyai penduduk paling ramai. Menurut Zhang Yunling, terdapat tiga faktor yang memastikan CAFTA ini dapat beroperasi mengikut jadualnya. Pertama, kedua-dua pihak menunjukkan minat terhadap pasaran antara satu sama lain; kedua, CAFTA ditubuhkan berdasarkan prinsip saling menguntungkan dan muafakat bestari; ketiga, cara penubuhan CAFTA penuh inovasi. Kata beliau: "China amat mengambil berat tentang masalah dan kesukaran yang dihadapi oleh negara anggota ASEAN dalam proses penubuhan CAFTA. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam pelaksanaan Rancangan Pemerolehan Peringkat Awal sebelum ini. Berdasarkan rancangan tersebut, kami membuka pasaran industri pertanian lebih dahulu kepada ASEAN, supaya negara-negara ASEAN yang mundur boleh mengeksport produk pertanian mereka ke China. Rundingan mengenai penubuhan CAFTA diadakan secara berperingkat-peringkat, iaitu dari Perjanjian Perdagangan Kargo, Perjanjian Perdagangan Perkhidmatan, hinggalah akhir ke Perjanjian Pelaburan. Jadual pembatalan tarif yang berlainan ditetapkan bagi negara-negara ASEAN, antaranya bagi Vietnam, Laos, Kemboja dan Myanmar dilewatkan 5 tahun. Selain itu, CAFTA ini bukan bertujuan untuk membuka pasaran semata-mata, malah menyasarkan peningkatan kerjasama ekonomi antara satu sama lain. Hal ini berlainan dengan model perdagangan antara negara-negara anggota Kesatuan Eropah dan juga model Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara.

Zhang Yunling berkata, China dan ASEAN telah menjalankan kerjasama ekonomi yang menyeluruh dalam proses rundingan mengenai penubuhan CAFTA. Kedua-dua pihak telah menetapkan 10 bidang kerjasama yang utama dan berusaha untuk mempergiat kerjasama antara negara-negara di kawasan Sungai Mekong dan kawasan Pan Teluk Beibu. Selain itu, kedua-dua pihak juga mempergiat kerjasama dalam usaha membina kemudahan infrastruktur. Kesemua ini membolehkan kerjasama antara China dengan negara-negara ASEAN, terutamanya dengan negara yang berjiranan menjadi lebih rancak lagi. Kata beliau: "Guangxi dan Yunan yang berhampiran dengan negara ASEAN boleh menggunakan kelebihannya dari segi geografi dalam mempererat kerjasama dengan negara-negara tersebut, terutamanya Kerjasama di Kawasan Sungai Mekong Besar dan Kerjasama Ekonomi di kawasan Pan Teluk Beibu. Di samping itu, kerjasama ekonomi yang menyeluruh antara China dengan ASEAN juga dapat dilihat daripada penubuhan Koridor Ekonomi Nanning-Singapura, pembentukan jaringan pelabuhan dan Kawasan Pelancongan Besar. Ini bukan sahaja memerlukan pembukaan pasaran antara satu-sama lain, tetapi juga memerlukan sokongan dari segi kemudahan infrastruktur, dasar kerajaan dan peraturan di segi undang-undang. "

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China