Ketua Pengarah Suruhanjaya Perniagaan Luar Chongqing,Li Jianchun,berkata, kerjasama perdagangan antara CAFTA dan Chongqing melibatkan industri pembikinan kereta dan motosikal, kejenteraan serta produk alat gantinya. Bandar ini telah mengadakan hubungan mekanisma kerjasama perniagaan yang erat dengan negara ASEAN. Selain itu, kerajaan Chongqing menggalakkan perusahaan tempatan melabur ke negara ASEAN, menyokong mereka aktif menyertai Ekspo ASEAN serta menyediakan khidmat nasihat dasar pelaburan dan maklumat ASEAN.