Forum Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan China, badan ekonomi dan perdagangan negara ASEAN, Sekretariat ASEAN dan kerajaan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi akan dirasmikan di Nanning, Guangxi esok. Forum tersebut bertujuan untuk merayakan tegak berdiri CAFTA, membuat kesimpulan tentang kejayaan pembinaan CAFTA, dan memandang prospek yang cemerlang perkembangan CAFTA.
Dalam forum yang bertema "saling menguntungkan dan mencipta masa depan yang cemerlang" itu, tiga topik akan dibincangkan, iaitu "permulaan baru: perdagangan yang menggalakkan kedinamikan perusahaan", "peluang baru: pelaburan yang mewujudkan kemakmuran ekonomi", dan "tugas baru: membina tumpuan baru dalam kerjasama ekonomi serantau".