Forum tersebut bertujuan untuk merayakan kewujudan CAFTA, membuat kesimpulan tentang kejayaan pembinaan CAFTA, dan memandang prospek yang cemerlang perkembangan CAFTA.
Dalam forum yang bertema "saling menguntungkan dan mencipta masa depan yang cemerlang" itu, tiga topik akan dibincangkan, iaitu "permulaan baru: perdagangan yang menggalakkan kedinamikan perusahaan", "peluang baru: pelaburan yang mewujudkan kemakmuran ekonomi", dan "tugas baru: membina tumpuan baru dalam kerjasama ekonomi serantau".
Sehingga pagi tadi, lebih 400 pemimpin China dan negara anggota ASEAN, pegawai peringkat menteri dan petugas agensi kewangan yang terkemuka di arena antarabangsa.
CAFTA merupakan julung-julung kalinya bagi China berbincang dengan negara luar untuk menubuhkan kawasan perdagangan bebas dan kawasan perdagangan paling besar yang anggotanya terdiri daripada negara-negara membangun di seluruh dunia.
Walaupun dilanda krisis kewangan global, bilangan perdagangan dua hala China-ASEAN masih melebihi 230 bilion dolar Amerika pada tahun 2008. Kini, China dan ASEAN saling menjadi rakan perdagangan ke-4 terbesar.