Pusat Mesyuarat Antarabangsa terletak dalam Taman Peranginan Liyuan berhampiran dengan kawasan peranginan Gunung Qingxiu di bandar Nanning.
Sungai Yong yang mengalir berliku-liku merentasi taman tersebut menjadikan pemandangan taman ini indah dan menarik. Pegawai dari China dan negara anggota ASEAN yang menyertai forum tersebut akan menginap selesa dalam vila di Taman Peranginan Liyuan ini.