Cari:
CAFTA Berfaedah kepada Keseluruhan Kepentingan Negara di Rantau Ini
2010-01-07 17:32:08 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) berfaedah kepada keseluruhan kepentingan pelbagai negara di rantau ini. Ia menjadi tenaga baru yang menyumbang ke arah perkembangan perdagangan dunia selain daripada Kawasan Perdagangan Bebas Kesatuan Eropah dan Amerika Utara. Ini terkandung dalam rencana pengarang yang disiarkan akhbar Lianhe Zaobao Singapura hari ini.

Rencana itu menyebut, keuntungan yang dibawa CAFTA tidak perlu diragui, umpamanya, perdagangan yang melibatkan barangan dan perkhidmatan akan dijalankan dengan lebih cepat dengan jumlah yang meningkat dengan cepat dan para pengguna turut mendapat keuntungan daripadanya. Di samping itu, CAFTA akan menjadi contoh yang baik kepada negara lain di rantau ini supaya mempercepatkan langkah menyertai CAFTA.

Pentingnya kewujudan kawasan perdagangan bebas serantau dapat dirasai terutamanya selepas berlaku krisis kewangan sejagat. Penguncupan pasaran Eropah dan Amerika menyebabkan permintaan terhadap produk Asia semakin kurang, maka Asia Timur perlu meneroka potensi sendiri. Walaupun CAFTA tidak dapat menggantikan pasaran eksport yang sedia ada bagi pelbagai negara, tetapi ia menawarkan pasaran yang baru kepada produk negara-negara berkenaan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China