Syarikat-syarikat Malaysia perlu mengambil strategi jangka panjang untuk menghadapi cabaran dan saingan dalam Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA).
Demikian dinyatakan oleh Presiden Institut Stategik dan Pimpinan Asia Malaysia, Encik Mirzan Mahathir ketika diwawancara oleh wartawan CRI selepas Forum CAFTA di Nanning semalam.
Beliau menyatakan kewujudan CAFTA tentu akan membawa lebih banyak peluang kepada syarikat-syarikat ASEAN dan China. Sementara itu, mereka juga perlu mengubahsuaikan diri untuk menghadapi cabaran yang akan timbul dalam CAFTA ini.
Menurut beliau, syarikat-syarikat Malaysia perlu menghapuskan tanggapan negatif untuk bersaing dengan syarikat daripada negara lain dan mengambil strategi jangka panjang serta berkongsi dengan syarikat lain supaya kedua-duanya berjaya mendapat manfaat bersama-sama.
Forum yang bertema "saling menguntungkan dan mencipta masa depan yang cemerlang" itu bertujuan untuk meuar-uarkan kewujudan CAFTA. Lebih daripada 400 orang pemimpin dari China dan negara anggota ASEAN, pegawai peringkat menteri dan petugas agensi kewangan yang terkemuka di arena antarabangsa menyertai forum tersebut.