Cari:
Forum Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Seru Supaya Diperkukuh Sistem Perdagangan Bebas
2010-01-08 16:30:10 CRI Cetak

Forum Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN yang diadakan di bandar Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi berakhir pagi tadi. Kenyataan pengerusi yang dikeluarkan selepas itu menyatakan bahawa usaha menggalakkan perdagangan bebas, menentang fahaman perlindungan perdagangan dan menggalakkan pelaburan sesuai dengan kepentingan asas pelbagai negara. Negara-negara serantau perlu terus membuka pasaran pelaburan dan mewujudkan persekitaran pelaburan yang mudah, telus dan adil.

Ddalam upacara penutupan forum tersebut, pegawai dari Sekretariat ASEAN, Subash B. Pillai menyatakan bahawa halangan berupa tarif antara China dengan negara-negara ASEAN telah dihapuskan. Namun, menurut beliau, negara-negara yang berkenaan tetap perlu bekerjasama untuk menentang fahaman perlindungan perdagangan, dan mengelakkan munculnya sekatan lain yang boleh menjejaskan perdagangan. Beliau berkata:

"Yang perlu saya tegaskan ialah, selepas kawasan perdagangan bebas ini dibuka, di samping menikmati manfaat yang dibawa oleh perdagangan tanpa tarif, kita juga akan menghadapi cabaran yang dibawa oleh halangan bukan tarif. Halangan tersebut termasuklah pertambahan penambahan kos yang disebabkan oleh perbezaan standard bagi produk dan teknologi. Oleh itu, kita perlu terus memberikan perhatian kepada masalah tersebut untuk mencegah halangan bukan tarif daripada muncul."

Pandangan Subash B. Pillai dipersetujui secara sepakat oleh semua peserta forum kali ini. Ketika mengulas kenyataan pengerusi forum tersebut, Kaunselor Perdagangan Jabatan Hubungan Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa Kementerian Perdagangan China, Zhang Kening juga mengatakan bahawa menggalakkan perdagangan bebas, menentang fahaman perlindungan perdagangan dan menggalakkan pelaburan amat sesuai dengan kepentingan China dan juga negara-negara ASEAN. Beliau berkata:

"Negara-negara serantau perlu menggalakkan perdagangan yang mudah berdasarkan perjanjian perdagangan kargo dan perkhidmatan yang telah dicapai supaya dasar Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN yang menguntungkan semua pihak dapat dilaksanakan sepenuh. Di samping itu, negara-negara yang terlibat ini perlu terus membuka pasaran pelaburan, meningkatkan pelaburan serantau tanpa halangan, dan menjadikan kerjasama pelaburan sebagai penjana baru bagi pertumbuhan ekonomi serantau."

Dalam forum ini, kebanyakan peserta menyatakan bahawa mengesahkan standard teknologi merupakan masalah besar yang dihadapi oleh syarikat-syarikat kedua-dua pihak dalam kerjasama serantau ini. Penyelarasan yang sempurna antara kerajaan diperlukan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya, sebahagian standard sektor China sukar disahkan oleh negara-negara ASEAN kerana kurang edisi bahasa Inggeris. Pegawai Kementerian Luar dan Perdagangan Berunei Darussalam Lim Jock Hoi mencadangkan supaya negara-negara yang terlibat ini meningkatkan rundingan dan saling mengesahkan standard teknologi untuk menghapuskan halangan bagi kerjasama selanjutnya. Beliau berkata:

"Kini, kita sudah membuka kawasan perdagangan bebas, dan ini bermakna penurnan tarif. Kata juga akan membincangkan pelbagai masalah dalam bidang yang lebih besar. Kawasan perdagangan bebas bukan sahaja bermakna perdagangan dengan tarif pada tahap kosong, tetapi ia juga meliputi perbincangan dan kerjasama dalam bidang sistem standard dan lain-lain supaya perdagangan yang bebas dan lancar benar-benar wujud di kawasan perdaganan bebas ini."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China