Cari:
Forum CAFTA Berakhir dengan Pengumuman Pengerusi
2010-01-08 15:39:49 CRI Cetak

Forum Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) berakhir di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China pagi tadi. Pengumuman pengerusi yang dikeluarkan dalam forum itu menyebut, kerjasama antara China dan ASEAN dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan akan dipergiatkan untuk bersama-sama mewujudkan kemakmuran ekonomi di rantau ini.

Menurut pengumuman itu, China dan ASEAN diharap terus melaksanakan sebaik-baiknya kewajipan yang ditetapkan dalam pelbagai perjanjian CAFTA, dan menggalakkan syarikat-syarikat di rantau ini menggunakan dasar-dasar keutamaan yang disediakan oleh CAFTA. Di samping itu, negara-negara di rantau ini akan berusaha meneroka pasaran pelaburan antara satu sama lain, menyediakan persekitaran pelaburan yang lebih mudah, telus dan saksama, dengan aktif mendorong pembinaan zon kerjasama ekonomi transnasional dan taman industri.

Pengumuman itu menyebut, negara-negara di rantau ini perlu berusaha menyatupadukan piawaian teknologi infrastruktur pengangkutan dan mempercepat pembinaan infrastruktur seperti pelabuhan, landasan kereta api utama dan hab penerbangan awam di rantau ini. Selain itu, negara-negara itu diharap mendorong kerjasana di sub-rantau seumpama kawasan timur ASEAN, Sungai Mekong Besar dan kawasan Pan Teluk Beibu supaya berkembang menjadi sumbangan yang baru kepada kerjasama China-ASEAN.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China