Cari:
Ekonomi Sichuan Meningkat Dua Kali ganda Sejak Terlaksananyan Pembangunan Besar-Besaran di Barat China
2010-01-11 16:47:34 CRI Cetak

Gabenor Provinsi Sichuan China, Jiang Jufeng semasa diwawancara oleh wartawan CRI baru-baru ini menyatakan, pertumbuhan sosioekonomi di provinsi Sichuan telah meningkat dengan pesat sejak terlaksananya strategi pembangunan besar-besaran di bahagian barat China 10 tahun yang lalu. Jumlah KDNK provinsi tersebut juga telah meningkat dua kali ganda. Ini telah menjadi asas yang kukuh bagi Sichuan untuk mengatasi kesan bencana gempa bumi yang kuat dan menangani krisis kewangan global.

Jiang Jufeng menyatakan bahawa kekuatan bersepadu secara keseluruhan di provinsi Sichuan telah meningkat dengan ketara, taraf hidup rakyat juga meningkat dengan besar. Jumlah KDNK provinsi pada tahun 2008 melebihi 1.2 trilion yuan RMB. Jumlah itu meningkat dua kali ganda daripada jumlahnya pada tahun 1999. Di samping itu, taraf hidup rakyat telah juga meningkat dengan ketara. Menurut beliau, jumlah pendapatan warga bandar dan jumlah pendapatan bersih petani di provinsi itu juga meningkat lebih dua kali ganda daripada 10 tahun yang lalu.

Pembangunan infrastruktur, perlindungan ekologi alam sekitar dan kegiatan sektor kebajikan provinsi itu juga meningkat dengan pesat. Beliau menyatakan bahawa projek jalan raya ini sekarang panjangnya 230 ribu kilometer, panjangnya meningkat sekali ganda daripada sebelum pelaksanaan pembangunan besar-besaran ini. Lebuh raya yang dibina panjangnya 5100 kilometer, 2,188 kilometer daripadanya sudahpun dibuka, manakala 3000 kilometer lagi sedang dibangunkan.

Pembangunan ekologi di provinsi tersebut juga mencapai kejayaan yang besar disebabkan pembangunan besar-besaran yang dilaksanakan di bahagian barat China ini. Projek mengawal resapan air dan hakisan tanah yang luasnya lebih 440 ribu hektar di provinsi ini berjaya mengurangkan 46%, hakisan tanah yang mengalir masuk ke sungai Yangtze, manakala kadar litupan hutan meningkat kepada 31% sejak pelaksanaan stategi tersebut 10 tahun yang lalu. Jiang Jufeng menyatakan perubahan itu merupakan hasil strategi pembangunan besar-besaran di barat China.

Ketika menyentuh tentang bencana gempa bumi yang kuat yang berlaku di Wenchuan dan krisis kewangan global, Jiang Jufeng menyatakan bahawa KDNK provinsi Sichuan pada tahun 2008 mencatat jumlah 1.25 trilion yuan RMB. Jumlah itu meningkat dua kali ganda daripada jumlahnya pada tahun 1999. Pembangunan besar-besaran selama 10 tahun di bahagian barat China telah berjaya menyediakan asas yang kukuh bagi mengatasi kerosakan akibat bencana gempa bumi yang kuat dan menangani krisis kewangan global.

Jiang Jufeng akhirnya menyatakan bahawa pihak pengurusannya berjaya membuktikan strategi pembangunan besar-besaran di barat China telah dilaksanakan mengikut arus pembangunan, selaras dengan perkembangan zaman dan rapat dengan strategi pembangunannya. Kerajaan provinsi Sichuan amat yakin masyarakat yang kaya dapat diwujudkan lebih awal di bahagian barat dalam masa 10 tahun yang akan datang berasaskan kejayaan pembangunan besar-besaran di bahagian barat China yang berlangsung 10 tahun ini yang lalu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China