Forum Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN 2010 yang berlangsung selama dua hari telah berakhir di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China semalam. Forum yang bertema "saling menguntungkan dan mencipta masa depan yang cemerlang" itu bertujuan untuk meuar-uarkan kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA). Kenyataan pengerusi yang dikeluarkan selepas forum itu menyatakan bahawa usaha menggalakkan perdagangan bebas, menentang fahaman perlindungan perdagangan dan pelaburan sesuai dengan kepentingan asas pelbagai negara. Negara-negara serantau perlu terus membuka pasaran pelaburan dan mewujudkan persekitaran pelaburan yang mudah, telus dan adil.
wartawan CRI telah mengadakan temu ramah dengan Dato' Abdul Majid Ahmad Khan, Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China selepas beliau memberi ceramah dalam forum tersebut.
Ketika menyebut tentang hasil forum kali ini, Dato' Majid berkata: "Penceramah-penceramah telah meluahkan beberapa pendapat. Daripada mereka ini, kita dapati, fahaman dan sokongan terhadap CAFTA begitu kuat. Kita mengucapkan tahniah kepada pihak China, terutama sekali Guangxi, kerana telah memainkan peranan yang penting untuk memajukan kerjasama dalam bidang ini."
Ketika menyebut tentang sikap pengusaha-pengusaha di Malaysia terhadap CAFTA, Dato' Majid berkata, beliau mendapati, di kalangan ASEAN sekarang ini, ada sesetengah pengusaha yang masih merasai sangsi terhadap CAFTA, kerana mereka bimbang produk mereka kurang daya saing jika berbanding dengan produk-produk luar negara, lebih-lebih lagi produk China.
Dato' Majid berkata: "Saya telah memberi nasihat kepada syarikat Malaysia, kita harus pandang CAFTA bukan daripada segi masa yang sentuk, tapi langkah panjang. Kerana kedudukan China akan muncul sebagai satu kuasa ekonomi. China sendiri akan mempunyai pasaran yang mempunyai kuasa beli yang tinggi, dan lebih mustahak, melalui CAFTA, pemasukan dalam pasaran China diberi keutamaan kepada negara ASEAN. Jadi kita tidak boleh tutup mata. Sungguh pun mungkin, syarikat Malaysia pada peringkat awal dalam setahun dua tahun ini, tidak semua, mungkin separuh, akan menghadapi kesulatan daripada persaingan.
Yang kedua, saya pun ingati syarikat Malaysia harus melihat dari segi CAFTA bukan sahaja yang mengurangkan cukai barangan, tapi lebih daripada itu. Kerana ASEAN dan China telah bersetuju mengadakan kerjasama yang lebih erat dalam kerjasama rantau, dalam projek infrakstruktur, telekomunikasi, dan di sini China telah memainkan peranan yang penting. China sekarang sudah mulai tabung khas: Tabung ASEAN-China dengan 10 bilion USD, ada kredit lain. Ini akan menjadi penggerak dalam merapatkan kerjasama ASEAN-China, dan daripada sini, Malaysia dapat keuntungan. Jadi saya ingat, pengusaha-pengusaha Malaysia mesti menengok jangka panjang macam mana mereka mendapat manfaat daripada perkembangan ekonomi China. Kerana daripada peringkat awal dulu masa China mula berkembang, Malaysia tidak beruntung, tetapi sekarang ASEAN ada peluang ini melalui CAFTA. Jadi kita ingat, syarikat Malaysia dan ASEAN harus melihat daripada konteks ini, kerana saya ingat peluang yang akan dapat ditimba lebih mendalam, lebih besar lagi."
Memandangkan sekarang masih ada ramai pengusaha kurang faham mengenai CAFTA, Dato' Majid memberi cadangan bahawa: "Saya ingat pihak China dan ASEAN harus mengadakan out reach program, mengadakan seminar, mengadakan penjelasan. Persatuan Persahabatan Malaysia-China akan mengadakan kerjasama dengan persatuan perniagaan Kelang, pada 23 Januari untuk mengadakan satu seminar, untuk memberi penjelasan bagaimana pengusaha Malaysia dapat memanfaatkan CAFTA di Kuala Lumpur. Saya akan memberi pandangan hasil daripada forum CAFTA di Nanning. Saya akan sampaikan maklumat kepada mereka. Saya ingat banyak harus dibuat. Mereka tidak faham apakah produk yang 90% dikatakan bebas cukai. Harus kita menyampaikan maklumat ini."
Ketika ditanya tentang pandangan beliau terhadap prospek CAFTA pada masa depan, Dato' Majid berkata,
"Kalau kita tengok daripada sejarah dan juga tengok daripada perkembangan sekarang, CAFTA merupakan satu architecture kerjasama baru, yang dalam 10 tahun dapat dihasilkan. Saya ingat ini satu petanda positif, kerana ini merupakan hubungan Malaysia-China dan hubungan ASEAN-China telah menonjol ke atas, sudah ada kepercayaan, sudah ada kefahaman bagaimana bekerjasama. Saya rasa ini satu petanda yang baik. Saya percaya, mungkin pada awal, dalam dua tahun ini, ada isu-isu yang berbangkit dengan pelaksanaan CAFTA. Tapi saya pikir, tahun ketiga, semuanya akan berjalan lancar, dan saya ingat mereka akan dapat faedah.
Saya percaya CAFTA boleh menjadi model kerjasama antara satu negara jiran yang besar, dengan negara-negara jiran yang kecil, dan dapat berkongsi bersama kekayaan, dan merupakan hubungan yang lebih mesra untuk kebaikan rakyat. Kerana ini bukan persahabatan tapi secara konkret meninggikan pendapatan. Dengan ini, kita boleh ada program yang lain. Dengan meninggikan pendapatan, kita akan adakan satu industri pelancongan yang lebih aktif. Orang China boleh melawat ASEAN, ASEAN melawat China, adanya penerbangan, ada yang dapat duit lebih. Ini saya ingat efietnya banyak. Dan juga akan menghasilkan cita-cita menjadikan Asia sebagai pusat tumbuhan pada kurun 21 ini. Maka,CAFTA merupakan satu asas pada perkembangan ini."