Bank Rakyat China mengumumkan untuk meningkat nisbah keperluan rizab sebanyak 0.5% sebanyak bermula pada 18 Januari ini. Pakar-pakar berpendapat, langkah tersebut tidak bermakna China mengubah dasar mata wang yang sedia ada.
Pakar dari Universiti Rakyat China, Prof. Zhao Xijun berkata, bank pusat China meningkat nisbah tersebut ekoran jumlah kredit bertambah terlalu pesat baru-baru ini. Langkah tersebut bertujuan bagi memanfaatkan jumlah kredit bertambah dengan stabil dan munasabah. China tidak mengubah dasar mata wang yang agak longgar pada masa ini.
Ahli ekonomi kanan Bank Pembangunan Asia di China, Zhuang Jian berpendapat, ekonomi China menghadapi tekanan inflasi pada beberapa bulan terdekat ini. Menurut jangkaan, bank pusat akan meningkatkan kadar faedah pada suku tahun kedua tahun ini.