Cari:
Penurunan Jumlah Import dan Eksport China 2009 Berkurang
2010-01-15 15:29:12 CRI Cetak

Penurunan jumlah import dan eksport China pada tahun 2009 semakin berkurang. Bilangan import meningkat dengan ketara yang memberi sumbangan besar bagi pemulihan ekonomi dunia.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Yao Jian di Beijing pagi tadi. Menurut beliau, jumlah perdagangan luar China pada tahun 2009 melebihi 2,200 bilion dolar Amerika, menurun 10% berbanding dengan tahun 2008. Namun angka itu mulai meningkat sejak bulan November tahun 2009. Jumlah import melebihi 112 bilion dolar Amerika iaitu meningkat lebih 55% berbanding masa yang sama tahun 2008.

Beliau berkata, jumlah dagangan China dengan pasaran ASEAN dan India sedang meningkat. Katanya, China akan terus berusaha menyediakan persekitaran yang lebih baik bagi pelaburan asing melalui penyempurnaan undang-undang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China