Sehingga kini, 192 negara dan 50 pertubuhan antarabangsa mengesahkan penyertaan mereka dalam Ekspo Dunia 2010 di Shanghai. Sebanyak 31 provinsi di Tanah Besar China, Hong Kong, Makau dan Taiwan turut menyertai ekspo itu. Angka ini mencapai tahap tertinggi dalam sejarah ekspo tersebut.
Demikian dinyatakan oleh Naib Datuk Bandar Shanghai merangkap Naib Ketua Suruhanjaya Eksekutif Ekspo Dunia 2010, Encik Yang Xiong hari ini.
Menurut beliau, semasa kira detik hari ke-103 menjelang Ekspo Dunia 2010 di Shanghai, semua balai pameran hampir selesai dibina dan dihiasi. Semua usaha persiapan akan siap menjelang penghujung bulan Mac.








