Cari:
Ekspo Dunia Shanghai Sediakan Panggung Pertukaran dan Kerjasama antara China dengan Dunia
2010-01-21 10:42:30 CRI Cetak

Hari ini merupakan kira detik ke-100 hari menjelang perasmian Ekspo Dunia 2010 di Shanghai. Setakat ini, sebanyak 192 negara dan 50 pertubuhan antarabangsa telah mengesahkan pesertaan ke ekspo ini. Selain itu, 220 negara dan pertubuhan antarabangsa sedang membuat persiapan untuk program "ekspo dalam laman sesawang". Skala ekspo dunia kali ini dijangka mencipta rekod baru dalam sejarahnya.

Naib Ketua Pengarah Pertama Jawatankuasa Penganjur Ekspo Dunia 2010, Yu Zhengsheng berkata, sebagai "sukan olimpik dalam bidang ekonomi", ekspo dunia telah banyak kali menarik ekonomi dunia keluar daripada kemerosotan dan merupakan penjana yang kuat bagi ekonomi sejagat. Pelbagai pihak berkumpul dalam ekspo dunia di Shanghai untuk membincangkan kerjasama dan pembangunan global serta mencari kaedah untuk menangani krisis, yang bermanfaat bagi membangkitkan keyakinan rakyat pelbagai negara dan mempercepatkan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi dunia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China