Cari:
Upacara Sambutan Kira Detik 100 Hari Perasmian Ekspo Dunia 2010 Diadakan di Shanghai
2010-01-22 09:34:57 CRI Cetak

Upacara sambutan kira detik 100 hari perasmian Ekspo Dunia 2010 diadakan di Shanghai petang semalam.

Dalam ucapannya, Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, Jia Qinglin berkata, Ekspo Dunia 2010 merupakan satu lagi pesta emas yang diharapkan kejayaannya oleh rakyat China selepas Sukan Olimpik. China merasa bangga dapat menganjurkan Ekspo Dunia ini dan berkeyakinan penuh tentang kejayaannya.

Menurut beliau, persiapan penganjuran Ekspo Dunia 2010 telah masuk ke tahap terakhir, pelbagai pihak perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan sebaik-baiknya ekspo ini.

Wakil penduduk Shanghai, wakil sukarelawan dan semua peserta upacara tersebut telah berikrar berkhidmat untuk Ekspo Dunia dan memberi sumbangan kepada kejayaannya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China