Paksi Ekspo Dunia 2010, iaitu bangunan yang terbesar untuk ekspo tersebut siap dibina di Shanghai hari ini.
Paksi ini terdiri daripada empat tingkat infrastruktur lalu lintas, dua tingkat di atas bumi serta dua tingkat lagi di bawah bumi. Paksi yang panjangnya kira-kira seribu meter dan lebarnya 130 meter ini menjadi pintu masuk utama bagi ekspo tersebut. Kira-kira 23% pengunjung yang melawat ekspo ini akan masuk melalui paksi tersebut. Bangunan paksi ini banyak menggunakan bahan kaca supaya suria dapat menerangi ruangnya yang di bawah bumi. Kaedah ini amat berkesan untuk menjimat sumber tenaga.
Pengarah Jabatan Penyelarasan Hal-Ehwal Ekspo Dunia Shanghai, Hong Hao berkata, paksi ini akan dibuka tidak lama lagi.