Kerja-kerja persiapan balai pemeran Singapura bagi Ekspo Dunia Shanghai telah dilaksanakan secara teratur. Demikian dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Ekspo Dunia Jabatan Pelancongan Singapura, Puan Leong See Kay semalam.
Beliau memberitahu wartawa, Singapura telah mengeluarkan peruntukan yang berjumlah paling besar untuk menyertai Ekspo Dunia Shanghai berbanding dengan Ekspo Dunia yang lalu. Balai pameran Singapura seluas 3 ribu meter persegi dan merupakan yang paling besar daripada ekspo lalu. Penyertaan Singapura dalam Ekspo Dunia ini telah mendapat sokongan dan bantuan dari lebih 20 jabatan kerajaan dan perbadanan Singapura. Seramai lebih seribu buah surat permohonan untuk menjadi sukarelawan telah diterima oleh pihak balai pameran Singapura, jumlah itu adalah yang paling banyak berbanding ekspo yang lalu.
Leong See Kay berkata, penganjur Ekspo Dunia Shanghai telah membuat cadangan dan pengaturan yang amat sempurna, koordinasi antara China dengan Singapura amat rapat, pelbagai persiapan dilaksanakan dengan lancar. Menurutnya, tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 terjalinnya hubungan diplomatik antara China dengan Singpaura. Beliau yakin bahawa kejayaan Ekspo Dunia itu akan meningkatkan persahabatan antara kedua-dua negara.








