Cari:
Forum Ekspo Dunia Diadakan di Singapura
2010-01-23 11:30:16 CRI Cetak

Forum Ekspo Dunia dengan tema "Praktik Sukarelawan, Pilihan Sikap Kehidupan" dirasmikan di Singapura semalam. Demikian dimaklumkan oleh Jabatan Penyelarasan Ekspo Dunia Shanghai.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam surat tahniahnya menyatakan keyakinannya bahawa China akan memaparkan Ekspo Dunia yang amat cemerlang kepada seluruh dunia.

Beliau menambah, tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 terjalinnya hubungan diplomatik antara Singapura dengan China. Penyertaan Singapura secara positif dalam Ekspo Dunia Shanghai memperlihatkan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara dalam berbagai-bagai aspek.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China