Pihak-pihak berkenaan perlu membuat rancangan yang sempurna untuk menjamin keselamatan dalam Ekspo Dunia 2010 Shanghai.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Keselamatan Awam China, Meng Jianzhu yang mengadakan tinjauan di Shanghai pada 21 hingga 23 Januari.
Setiausaha Jawatankuasa Bandar Shanghai Parti Komunis China yang juga Timbalan Ketua Pengarah Suruhanjaya Penganjur Ekspo Dunia Shanghai, Encik Yu Zhengsheng turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyempurnakan rancangan jaminan keselamatan, mengambil tindakan yang berkesan dan meningkatkan latihan berkenaan supaya menjamin keselamatannya Ekspo Dunia 2010 Shanghai.








