Cari:
Tiket Sukan Asia Guangzhou Mulai Dijual pada Akhir Februari
2010-01-24 11:01:51 CRI Cetak

Penjualan tiket Sukan Asia Guangzhou peringkat pertama dijangka dimulakan pada akhir bulan Februari tahun ini. Demikian dinyatakan oleh Naib Datuk Bandar Guangzhou yang juga Naib Ketua Setiausaha Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Guangzhou, Xu Ruisheng semalam.

Harga tiket yang paling mahal untuk upacara perasmikan sukan itu ialah 6,800 yuan RMB dan yang paling murah ialah 1600 yuan RMB. Harga tiket tersebut lebih tinggi daripada harga tiket yang paling mahal dan paling murah untuk upacara perasmian Sukan Olimpik di Beijing, iaitu 500 yuan RMB dan 200 yuan RMB.

Dimaklumkan, harga 87% tiket untuk Sukan Asia di antara 10 yuan RMB hingga 400 yuan RMB, harga tiket purata kira-kira 200 yuan RMB. Sukan Asia ke-16 akan dianjurkan di Guangzhou China dari 12 hingga 27 November tahun ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China