Sehingga kini, 95% projek yang dipertanggungjawab oleh pihak penganjur Ekspo Dunia 2010 Shanghai telah diselesaikan, termasuk pembinaan dewan pameran kekal dan dewan pameran sementara.
Pengarah Bahagian Pembinaan Projek Biro Ekspo Dunia Shanghai, Xi Qunfeng menyatakan, kesemua dewan pameran kekal hampir siap dibina, manakala Pusat Persembahan akan siap dibina pada penghujung bulan Februari. Dewan pameran sementara juga telah siap dibina. Selepas Tahun Baru China tahun ini, wajah taman ekspo akan "berubah setiap hari".