Jongkong Emas Ekspo Dunia 2010 di Shanghai mula dijual di Beijing hari ini.
Menurut pegawai berkenaan, matlamat penjualan stok pertama kongkong emas ialah satu bilion yuan RMB.
Jongkong emas tersebut telah dijual di Beijing dan Shanghai. Ia turut akan dijual di daerah delta Sungai Yangtze pada masa depan. Jongkong emas 99.99% ini direka dalam tiga bentuk, iaitu lambang, maskot dan balai China Ekspo Dunia 2010 di Shanghai. Perkataan "Ekspo Dunia 2010 di Shanghai" dalam bahasa Mandarin dan Inggeris dicetak di sebelah belakangnya.