Rangka utama bagi 18 buah balai provinsi, wilayah autonomi dan bandar dalam Dewan Pameran China di Taman Ekspo Dunia Shanghai siap dibina semalam. Ini menandakan kerja persiapan yang ada katian dengan urusan domestik mencapai tahap yang dijadualkan.
Dewan Pameran China terdiri daripada balai negara, balai provinsi, wilayah autonomi dan bandar dan balai Hong Kong, Makau dan Taiwan. Menurut Pengarah Jabatan Penyelarasan Hal-Ehwal Ekspo Dunia Shanghai, Hong Hao, oleh sebab masa yang tinggal tidak banyak, pembinaan balai bagi semua 31 buah provinsi, wilayah autonomi dan bandar China dikehendaki diselesaikan rangka utamanya menjelang Tahun Baru China dan hiasan dalamannya diselesaikan menjelang bulan Mac supaya dapat menjamin bermula operasinya yang dijadualkan pada bulan April.