Shanghai akan menyempurnakan perkhidmatan ramalan cuaca ketika berlangsungnya Ekspo Dunia 2010. Badan berkenaan turut akan membuat siaran terus langsung melalui internet ketika berlakunya cuaca yang amat buruk.
Menurut laporan Agensi Berita Xinhua China, badan meteorologi Shanghai akan mengemukakan penyiaran maklumat cuaca melalui Laman Sesawang Perkhidmatan Cuaca Ekspo Dunia 2010 Shanghai.
Shanghai kini telah mewujudkan pusat data maklumat mengenai bencana akibat cuaca dan bencana serta menyediakan saluran mengemukakan maklumat cuaca dan bencana tersebut supaya tindakan dapat dilaksanakan dengan segera.