Cari:
Sektor Pelancongan China Bersiap Menyambut Para Pelancong yang Menyaksikan Ekspo Dunia Shanghai
2010-02-15 09:54:37 CRI Cetak

Sebanyak 70 juta orang pelancong dijangka akan melawat Ekspo Dunia di Shanghai yang akan dirasmikan pada 1 Mei tahun ini. Sektor pelancongan China bersiap untuk menyambut kedatangan pelancong China dan luar negara yang menyaksikan Ekspo Dunia ini.

Syarikat Pelancongan Antarabangsa Chunqiu Shanghai merupakan salah sebuah syarikat yang disahkan untuk berkhidmat kepada Ekspo Dunia Shanghai. Naib Pengurus Besar syarikat itu, Bian Xiangguo menyatakan pihaknya telah membuat persiapan untuk menerima pelancong yang melawat Ekspo Dunia ini. Sebuah kumpulan kerja khusus telah ditubuhkan. Kini, syarikatnya sedang mengkaji butir-butir laluan dan produk pelancongan Ekspo Dunia ini.

Selain itu, banyak syarikat pelancongan di Beijing menyatakan mereka sedang sibuk membuat persiapan untuk pelancongan Ekspo Dunia. Semakin ramai orang berminta dan menanyakan soal tentang acara pelancongan Ekspo Dunia tersebut.

Tokoh-tokoh pelancongan menyatakan perkara ini akan merangsang perkembangan industri pelancongan di Shanghai dan kawasan di sekitarnya, bahkan seluruh negara China. Ia akan meningkatkan pembangunan industri pelancongan China malah seluruh dunia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China