Semua staf Jabatan Ekspo Dunia Shanghai mulai balik kerja untuk meneruskan kerja persiapan Ekspo Dunia 2010 walapun hari ini masih dalam tempoh cuti Tahun Baru China.
Kini, pelbagai kerja persiapan bagi Ekspo Dunia tersebut telah memasuki fasa terakhir, termasuk projek pembinaan, perhiasan dan usaha mendirikan gerai pameran. Projek pembinaan Taman Ekspo Dunia dijangka siap menjelang penghujung bulan Mac nanti. Antaranya beberapa projek pembinaan di taman tersebut telah disiapkan. Ini termasuk dewan pameran utama, pusat Ekspo Dunia, dewan pameran China dan Kampung Ekspo Dunia.