Cari:
Pembinaan Kemudahan Jaminan Pengangkutan Ekspo Dunia Akan Berakhir Menjelang Hujung Bulan Mac
2010-02-21 18:05:47 CRI Cetak

Pembinaan kemudahan jaminan pengangkutan Ekspo Dunia 2010 Shanghai dijangka akan berakhir menjelang hujung bulan Mac depan.

Jabatan Penyelaras Urusan Ekspo Dunia Shanghai memaklumkan hari ini, 38 lorong khas di jalan raya dan 42 laluan bas akan siap dibina. Sekarang, separuh daripada 32 buah projek pusat pengangkutan utama sudah siap dibina dan mula beroperasi. Sempena perasmian Eskpo Dunia, 9 tempat letak kereta sementara akan dibina di tempat berhampiran Taman Eskpo Dunia Shanghai.

Selain itu, wahana perkhidmatan maklumat pengangkutan untuk ekspo tersebut juga akan selesai dibina menjelang akhir bulan Mac. Tujuh jenis perkhidmatan maklumat, termasuk talian penting maklumat pengangkutan untuk pengunjung ekspo tersebut pula akan mula beroperasi menjelang hujung Mac.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China