Cari:
MCA Tawar 2,000 Belia Lawat Shanghai Secara Percuma
2010-03-01 11:07:36 CRI Cetak

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Pemuda MCA mempelawa belia Malaysia memohon kepada parti itu untuk mengikuti lawatan ke Shanghai, China, bagi menyaksikan "Expo Dunia 2010 Shanghai China" pada Mei hingga Oktober ini. Demikian dinyatakan oleh Ketuanya Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran selepas merasmikan program "Jom Menjelajah Dunia di Expo Dunia 2010 Shanghai China" di Kuala Lumpur 27 Februari lalu.

Menurut beliau, sebanyak 2,000 tempat disediakan untuk belia berusia di bawah 45 tahun menyertai lawatan lapan hari anjuran pergerakan itu。

Beliau juga menggesa Pemuda MCA supaya mengambil inisiatif mempelawa belia Melayu dan India untuk menyertai lawatan tersebut.

Tujuan lawatan itu ialah untuk membuka minda belia terhadap langkah-langkah yang sedang dijalankan oleh pelbagai pihak di luar negara dalam menangani isu alam sekitar terutamanya di bandar-bandar besar bersesuaian dengan tema ekspo itu "Bandar Yang Lebih Baik Berikan Kehidupan Yang Lebih Baik."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China