Cari:
Kumpulan Operasi "Unsur China" Ekspo Dunia 2010 Shanghai Akan Pertunjukkan Budaya Tradisi China kepada Dunia
2010-03-02 09:43:21 CRI Cetak

Kumpulan operasi kawasan aktiviti "Unsur China" semalam mengadakan upacara di Beijing sebelum berlepas ke Shanghai dan memulakan persiapan sertan operasinya di kawasan aktiviti tersebut di Taman Ekspo Dunia Shanghai.

Kumpulan tersebut pernah mengadakan pameran "Cerita China" di Taman Sukan Olimpik di Beijing sempena Sukan Olimpik bagi menonjolkan kebudayaan tradisi China melalui persembahan.

Selain pameran warisan budaya bukan benda China, aktiviti "Unsur China" termasuk opera klasik dan persembahan tradisional yang dipilih dari pelbagai provinsi di China turut dipertontonkan. Bersesuaian dengan tema "Ekspo Dunia Yang Berteknologi Tinggi", persembahan yang menggunakan teknologi tinggi juga akan diadakan. Dimaklumkan, persembahan untuk setiap provinsi, wilayah autonomi dan bandar di bawah pentadbiran langsung kerajaan pusat akan berlangsung selama 5 hari. Para pelancong dapat mengetahui budaya China secara menyeluruh dalam tempoh Ekspo Dunia 2010 selama 184 hari.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China