Cari:
China Laksanakan Dasar Luar Yang Menyeluruh pada Tahun 2010
2010-03-07 15:09:06 CRI Cetak

China akan melaksanakan dasar luar yang menyeluruh pada tahun ini supaya mencipta persekitaran luar yang baik bagi kestabilan, pembangunan dan penyusuan semula struktur ekonomi negara. Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Yang Jiechi dalam sidang akhbar sidang ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-11 di Beijing hari ini.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara membangun yang besar, China menghadapi peluang yang baik dan juga banyak cabaran. Dengan pembangunan ekonomi dan peningkatan kekuatan negara, China akan sedaya upaya untuk memberi sumbangan yang lebih besar lagi kepada kedamaian, kestabilan dan pembangunan serantau dan dunia.

Yang Jiechi berkata, China akan terus memeliharan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan negara secra teguh pada tahun ini, melaksanakan dasar luar yang menyeluruh, lebih-lebih lagi menjayakan aktivit diplomatik berkenaan dengan pelbagai sidang kemuncak dan Ekspo Dunia 2010 Shanghai. Di samping itu, kita juga mencipta persekitaran luar yang lebih baik bagi menjamin kestabilan, pembangunan dan penyusuan semulan struktur ekonomi negara.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China