Cari:
Sidang NPC Mendengar dan Membahas Laporan Kerja Mahkamah Rakyat Tertinggi dan Jabatan Pendakwa Raya Rakyat Tertinggi
2010-03-11 18:39:00 CRI Cetak

Sidang Pleno Ke-4 Sidang Ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) Ke-11 diadakan di Beijing hari ini. Sidang itu mendengar dan membahaskan laporan kerja Mahkamah Rakyat Tertinggi dan Jabatan Pendakwa Raya Rakyat Tertinggi.

Pemimpin negara seperti Hu Jintao, Wu Bangguo, Wen Jiabao dan Jia Qinglin menghadiri sidang tersebut.

Presiden Mahkamah Rakyat Tertinggi, Wang Shengjun dalam laporan kerjanya menyatakan, Mahkamah Rakyat Tertinggi mengutamakan kerja perbicaraan kes jenayah dalam peristiwa "14 Mac" yang berlaku di Lhasa dan peristiwa "5 Julai" di Urumuqi. Beliau mengingatkan mahkamah membicarakan kes-kes tersebut berdasarkan undang-undang.

Mengenai rancangan kerja pada tahun ini, Wang Shengjun menyatakan Mahkamah Rakyat Tertinggi akan melakukan pembaharuan sistem kehakiman yang menjamin sistem kehakiman yang adil dan bersih. Peguam Negara, Cao Jianming pula menyatakan pihaknya akan mendorong pembangunan pasukan pendakwa raya, dan meningkatkan penguatkuasaan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China