Sebagai kemudahan pengangkutan bagi Ekspo Dunia 2010, projek peringkat dunia, iaitu Projek Utama Pengangkutan Bersepadu Hongqiao, Shanghai telah siap dibina dan lulus pemeriksaan sebelum operasi.
Keluasan pembinaan projek tersebut mencatat 1.5 juta meter persegi, dengan jumlah penumpang 1.1 juta orang setiap hari secara purata. Ia menyepadukan pengangkutan dari pelbagai bentuk, termasuk penerbangan, kereta api ekspres, transit aliran ringan, lebuh raya, transrapid maglev, kereta api bawah tanah dan bas.
Panduan dan petunjuk dalam projek tersebut direka bentuk dan dibina dengan mengambil kira keperluan penumpang.








