Cari:
Wartawan Bernama: Sidang Tahunan NPC dan CPPCC Sediakan Platform Interaksi antara Rakyat dengan Kerajaan
2010-03-15 15:30:42 CRI Cetak

Sidang tahunan 2010 Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang sedang berlangsung di Beijing dianggap mempunyai erti yang penting kepada pentadbiran negara pada tahun ini, terutamanya dalam penggubalan dasar-dasar yang bertujuan memastikan perkembangan sosioekonomi yang sihat dan stabil dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Sidang tahunan NPC dan CPPCC turut menarik perhatian media dalam dan luar negeri. Terdapat lebih 800 orang wartawan asing yang datang membuat liputan di kedua-dua sidang tersebut. Dalam ruangan China-ASEAN hari ini, kita bersama dengan Encik Vincent Low, wartawan veteran daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia(Bernama) yang kini bertugas di Beijing. Kita boleh berkongsi pandangan dan juga pengalaman beliau semasa membuat liputan di Sidang tahunan NPC dan CPPCC.

Wartawan: Apakah agenda sidang yang telah diikuti oleh Encik dan apa maklumat yang diperolehi daripadanya? Apa yang menarik minat Encik?

Vincent Low: Ini merupakan kali pertama saya membuat liputan terhadap NPC dan CPPCC. Bagi wartawan asing, termasuk saya, isu ekonomi, pembaharuan politik dan juga isu-isu di segi pembangunan sosial di China lebih penting dalam liputan sidang CPPCC dan NPC.

Dalam ucapan Perdana Menteri China, Wen Jiabao semasa membentangkan laporan kerja kerajaan, kita dapat tahu negara China menyasarkan pertumbuhan ekonomi 8% pada tahun 2010, dan juga akan fokus dalam peralihan struktur ekonomi. Beliau juga berkata, China akan terus mengamalkan dasar ekonomi makro yang stabil, melaksanakan dasar kewangan yang proaktif dan dasar mata wang yang lebih longgar.

Saya juga mendapati banyak isu yang dibangkitkan rakyat sudah diambil berat oleh kerajaan. Selain itu, projek untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar diutamakan dalam bajet tahun 2010.

Wartawan: Daripada cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan bagi mengatasi isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat, apakah cadangan yang paling menarik perhatian Encik?

Vincent Low: Pada sidang ini, isu pembangunan sosial banyak dibangkitkan. Ini termasuklah menambah baik sistem pendidikan, mengawal kenaikan harga rumah yang terlalu pesat, dan isu perkhidmatan perubatan dan lain-lain. Tentang isu harga perumahan yang banyak diutarakan oleh para wakil rakyat, saya merasa sukacita kerana cadangan bagi menyelesaikan isu-isu tersebut telah pun dikemukakan oleh kerajaan China. Ketika menyebut tentang usaha mengawal kenaikan harga rumah yang terlalu pesat, Perdana Menteri China, Wen Jiabao sudah memberi jaminan akan mengawal pinjaman perumahan bagi rumah kedua. Di samping itu, kerajaan China juga akan membina lebih banyak rumah yang berharga sederhana bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Wartawan: Sebagai wartawan asing yang membuat liputan di kedua-dua sidang tersebut, apakah berangkali perkara atau pengajaran yang boleh diambil untuk dijadikan contoh mahupun teladan?

Vincent Low: Semasa membuat liputan hampir seminggu ini, saya tertarik dengan beberapa perkara, dan saya berpendapat ini dapat dipelajari media dan juga wakil rakyat Malaysia. Saya fikir penglibatan media China, terutamanya media kerajaan dalam liputan sidang CPPCC dan NPC itu amat banyak dan lengkap. Ini mengandungi live-telecast persidangan, sidang akhbar menteri kerajaan, temubual dengan wakil-wakil rakyat, komen dari pakar-pakar disiarkan setiap hari sejak persidangan ini bermula. Selain itu, laman web media juga membuat online survey atau bancian menerusi internet mengenai isu-isu yang banyak dibangkitkan rakyat.

Wakil rakyat juga memaparkan cadangan yang mereka akan bawa ke kongres dalam blog mereka di internet.

Dalam pada itu, saya amat tertarik dengan sikap Perdana Menteri China, Wen Jiabao yang sanggup mengadakan perbualan online dengan rakyat, untuk mendengar maklum balas rakyat.

Saya juga tertarik dengan menteri-menteri di beberapa kementerian yang juga membuat perjumpaan dengan media untuk menjelaskan dasar kerajaan. Ini akan memberi peluang untuk media asing lebih memafami China. Dengan cara ini, bukan saja rakyat China, dunia pun akan lebih faham dengan dasar kerajaan dan harapan rakyat China di segi ekonomi dan politik.

Saya fikir penglibatan rakyat dalam pembangunan negara ini amat penting. Tak kira di mana satu negara pun, hanya dengan perhatian dan pemantauan dari rakyat, maka pentadbiran negara akan jadi lebih bertelus dan berefisien.

Wartawan: Apakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh NPC dan CPPCC untuk memudahkan wartawan asing dalam membuat liputan terhadap kedua-dua sidang tersebut?

Vincent Low: Saya berpendapat kemudahan dan perkhidmatan yang dsediakan untuk wartawan asing ini sungguh baik. Pusat media telah pun diwujudkan di hotel khusus, di mana wartawan tempatan dan asing boleh mendapat maklumat dan buku-buku mengenai persidangan NPC dan CPPCC, ini banyak membantu kerja saya.

Selain itu, wartawan juga diberitahu mengenai aturcara harian persidangan melalui SMS telefon bimbit.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China