Cari:
Shanghai Akan Edarkan 100 Juta Peta Panduan secara Percuma
2010-03-17 11:39:39 CRI Cetak

Jabatan Ekspo Dunia 2010 Shanghai akan mengedarkan 100 juta peta panduan secara percuma kepada pengunjung, antaranya termasuk 80 juta peta dalam taman dan 20 juta peta di luar taman.

Selain itu, "pasport eskpo dunia", iaitu cenderamata tradisional ekspo dunia pula telah dikeluarkan secara rasmi semalam. Pasport yang digunakan dalam Ekspo Dunia Montreal buat kali pertama pada tahun 1967 itu, mempunyai fungsi tiket. Pada ekspo yang lalu, negara peserta biasanya mencipta cap yang bercirikan budaya sendiri untuk peringatan ekspo dunia. Para pengunjung boleh mendapatkan cap pada "pasport" tersebut dalam ruang untuk pelbagai negara.

Ekspo Dunia Shanghai yang dijadualkan dirasmikan pada 1 Mei tahun ini, akan menarik kedatangan 70 juta pengunjung.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China