Cari:
"Bulan Promosi Pelancongan Ekspo Dunia di Seratus Bandar Seluruh Dunia" Diadakan di New Zealand
2010-03-17 15:40:43 CRI Cetak

Berdasarkan rancangan "Bulan Promosi Pelancongan Ekspo Dunia di Seratus Bandar Seluruh Dunia", aktiviti promosi yang dianjurkan oleh Jabatan Pentadbiran Pelancongan China telah dimulakan di New Zealand.

Pengarah jabatan tersebut di Sydney, Kuang Lin berkata demikian hari ini. Menurut beliau, aktiviti pertama telah diadakan di Teluk Hawker's pada 8 Mac lalu. Aktiviti selanjutnya akan diadakan di tujuh bandar, iaitu Christchurch, Dunedin, Nelson, dan Timaru di pulau selatan New Zealand, serta Wellington, Tauranga, dan Auckland di pulau selatan negara tersebut.

Menurut Kuang Lin, pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan, media, dan agensi pelancongan tempatan untuk mengadakan satu atau dua aktiviti mempromosikan pelancongan ekspo dunia, dengan tujuan membolehkan lebih ramai orang New Zealand mengetahui Ekspo Dunia Shanghai, malah seluruh negara China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China